Tuesday, June 15, 2010

Sejarah Masjid Al-Aqsa


“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaksa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’- ayat 1)



Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis (Jerusalem) adalah masjid paling suci ketiga dalam Islam selepas Masjid Al-Haram (di Mekah) dan Masjid An-Nabawi (di Madinah), baik di Arab Saudi.

Siapakah pembina atau yang telah membina masjid al-Aqsa?, satu soalan yang menarik dan amat penting. Bagi kaum Yahudi, mereka beriman bahawa Daud A.S pernah bercita-cita untuk membina masjid al-Aqsa yang mereka katakan sebagai haykal atau kuil (di dalam bahasa Hebrew dipanggil sebagai HaMikdash), tetapi telah dihalang oleh Tuhan Yahweh. Tuhan Yahweh menghendakkan Sulaiman A.S. untuk mendapatkan kemuliaan tersebut, maka menurut tanggapan mereka, Sulaimanlah pembina Haykal atau kuil tersebut. Ini dapat dilihat di dalam Old Testament yang sama diimani oleh orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian di dalam buku Kings (1) 6: 1 sehingga 38, ataupun lebih terperinci lagi di dalam buku Kings (1) 6:14 yang berbunyi: “So Solomon built the temple and completed it”.
Inilah juga yang diimani oleh penganut agama Kristian yang turut berpegang kepada Old Testament (kitab perjanjian lama) atau Torah menurut panggilan orang Yahudi.



Bagaimanakah pula pendirian kaum muslimin?, memang ada diceritakan di dalam al-Quran tentang pembinaan bangunan yang kemudiannya diambil menjadi masjid al-Aqsa oleh Sulaiman dengan menggunakan tenaga para jin.
Persoalannya adakah itu menunjukkan Islam juga mengiktiraf sejarah yang diriwayatkan di dalam Old Testament?, jawapannya tidak!. Sulaiman A.S. hanyalah membina semula bangunan masjid setelah bangunan asalnya telah roboh samada kerana berlalunya waktu ataupun bencana alam yang telah menimpa kawasan tersebut. Sebagai umat Islam, sudah tentulah al-Quran dan hadis-hadis yang sahih sahaja menjadi rujukan kita di dalam persoalan ghaibiyat seperti ini.
Dalil-dalil berkaitan
Berikut adalah dalil-dalil yang menceritakan tentang siapakah yang membina masjid al-Aqsa dan bilakah ianya telah dibina…
1) Hadis al-Bukhari yang berbunyi :

Abu Dzar telah meriwayatkan: saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah masjid yang pertama dibina di atas muka bumi ini?, Rasulullah SAW menjawab: “Masjid al-Haram”, saya bertanya lagi: “kemudiannya…”, balas Rasulullah SAW: “Masjid al-Aqsa”. Saya bertanya lagi: “Berapakah jarak di antara keduanya (tempoh dibina kedua-duanya), balas Rasulullah SAW: “empat puluh tahun, di mana sahaja kamu dapat bersolat pada keduanya, maka bersolatlah (di sana), di sana ada kelebihan (untuk mereka yang bersolat di kedua-dua masjid tersebut)”.




Jelas di dalam hadis di atas, ianya menunjukkan bahawa masjid yang pertama dibina ialah masjid al-Haram di Makkah dan kemudiannya dibina pula masjid al-Aqsa selepas empat puluh tahun terbinanya masjid al-Haram. Persoalannya di sini siapakah yang telah membina Masjid al-Haram dan siapakah yang membina masjid al-Aqsa?
Menurut kefahaman kebanyakan umat Islam, Nabi Ibrahimlah yang telah mebina masjid al-Haram berdasarkan ayat 128 di dalam surah al-Baqarah yang berbunyi: “Dan ketika Ibrahim mengangkat dasar al-Bait (al-Haram atau Kaabah) dan Ismail …”.
Manakala masjid al-Aqsa pula menurut kefahaman ramai orang, ianya dibina oleh Sulaiman. Persoalannya, jarak di antara Ibrahim A.S dengan Sulaiman A.S adalah lebih kurang 750 tahun, dan bukannya 40 tahun seperti yang telah disebutkan oleh hadis Abu Dzar yang sahih. Maka, siapakah yang telah membina masjid al-Aqsa ???. Berhubung persoalan ini, penulis telah menemukan dua pendapat paling kuat di dalam menjelaskan siapakah yang telah membina masjid al-Aqsa.





Pendapat pertama: Ibrahim A.S.lah yang telah membina masjid al-Aqsa. Menurut mereka yang berpendapat dengan pendapat ini, mereka mengatakan bahawa Ibrahim telah membina masjid al-Aqsa 40 tahun selepas baginda selesai membina masjid al-Haram. Pendapat ini telah dikemukakan oleh Dr. Solah Abd Fatah al-Khalidi di dalam bukunya “Haqaa iq Quraniyyah Hawla Masjid al-Aqsa Wa Bayt al-Maqdis” (Lihat: al-Khalidi, Solah A Fatah(1993), Haqaa iq Quraniyyah Hawla Masjid al-Aqsa Wa Bayt al-Maqdis, London: Mansyurat Filistin al-Muslimah, hal. 44 – 53). Pendapatnya ini telah disokong oleh Dr. Ibrahim al-Ali (Lihat: Ali, Ibrahim (1995), al-Ardh al-Muqaddasah: Bayna al-Madhi wa al-Hadhir wa al-Mustaqbal, London: Mansyurat Filistin al-Muslimah, hal. 80).

Makam Nabi Ibrahim


Persoalan yang timbul di sini, tidak terdapat satu dalil pun, samada di dalam al-Quran mahupun dari hadis-hadis sahih yang menunjukkan perkara tersebut. Oleh kerana persoalan ini merupakan persoalan fakta sejarah, maka ianya memerlukan kepada dalil yang kukuh, dan pendapat ini hanyalah membawa andaian tanpa merujuk kepada mana-mana dalil yang sahih.
Malah penafsiran bahawa Ibrahimlah manusia yang pertama membina Masjid al-Haram berdasarkan ayat 126 dari surah al-Baqarah juga adalah tidak kuat. Ini kerana berdasarkan ayat 37 di dalam surah Ibrahim, jelas Allah SWT telah merakamkan kata-kata Ibrahim “Tuhan kami, aku telah tinggalkan keturunanku (Ismail) di wadi yang tiada tumbuhan, di sisi RUMAHMU yang mulia”.
Ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa tapak Masjid al-Haram itu telah dimuliakan dan sememangnya telah wujudnya sebelum Ibrahim menaikkan binaan Masjid al-Haram (buat kali keduanya) lagi. Ini kerana, Ibrahim telah menaikkan binaan itu (seperti yang telah disebutkan di dalam al-Baqarah ayat 126) bersama Ismail ketika Ismail telah besar dan bukannya sewaktu beliau ditinggalkan di bumi Mekkah. Al-Qurtubi di dalam buku tafsirnya, “al-Jaami’ Li Ahkam al-Quran” juga telah menyatakan perkara yang sama. Menurut beliau, masjid al-Haram telah dibina sebelum taufan Nuh, dan kemudiannya musnah bahana taufan yang amat dahsyat itu. (Lihat: al-Qurtubi (mati 671H) (1372H), al-Jaami’ Li Ahkam al-Quran, Kaherah: Dar al-Sya’ab, cetakan kedua, j. 9, hal. 371). Kenyataan ini juga disokong oleh hadis yang diriwayatkan secara panjang oleh Ibn Abbas secara marfu’ di dalam Sahih al-Bukhari mengenai keadaan Ibrahim meninggalkan isterinya Hajar dan anaknya Ismail di tapak masjid al-Haram yang beliau sendiri tidak tahu ianya tapak masjid dan kemudiannya beliau akan diperintah untuk menaikkan bangunan untuk masjid tersebut apabila Ismail telah besar.
Pendapat ini juga telah disokong oleh Ibn Hajar al-Asqalani di dalam bukunya Fath al-Baari syarh Sahih al-Bukhari. Beliau telah meriwayatkan hadis yang bertaraf hassan daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-’As yang telah mengatakan: 

Para Anbiya (nabi-nabi) telah menunaikan haji di al-Bait (masjid al-Haram), dan manusia tidak mengetahui di manakah tempat tersebut sehinggalah Ibrahim membinanya semula dan menunjukkan kepada mereka kedudukan tempat tersebut). Ibn Hajar juga telah menguatkan pendapatnya dengan riwayat yang sama daripada al-Bayhaqi di dalam al-Dalaail. (Lihat: al-Asqalani, Ibn Hajar(mati 773H) (1379H), Fath al-Baari, Beirut: Daar al-Ma’rifah, j. 6, hal. 302).
Persoalan yang timbul, maka siapakah pembina Masjid al-Aqsa, ataupun siapakah pula pembina Masjid al-Haram jika bukan Ibrahim A.S.???


Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu melihat pula kepada pandangan kedua mengenai siapakah pembina Masjid al-Aqsa dahulu.



Pendapat kedua: yang mungkin tidak begitu popular suatu waktu dahulu, tetapi kini menjadi pilihan ramai dari kalangan pengkaji sejarah Islam dan juga di kalangan para ulama mengatakan, Masjid al-Aqsa telah dibina oleh Nabi Adam A.S. Binaan yang telah dibina oleh Adam A.S. ini kemudiannya telah musnah akibat taufan di zaman Nuh dan hanya dibina kembali oleh Ibrahim.
Dalil mereka:


1.
Hadis panjang di dalam al-Bukhari riwayat Ibn Abbas yang menunjukkan bahawa Ibrahim A.S. bukanlah membina kaabah seperti yang didakwa, tetapi membina semula bangunan masjid di tapak masjid al-Haram yang telah musnah akibat taufan Nuh A.S.
2.
Hadis-hadis bertaraf Hassan yang diriwayatkan oleh Ibn Hajar dan al-Bayhaqi seperti yang telah disebutkan sebelum ini yang menunjukkan bahawa masjid al-Haram pernah wujud, dibina oleh Adam A.S., menjadi tempat para Anbiya mengerjakan haji dan akhirnya musnah oleh taufan Nuh A.S. (Ibn Hajar, ibid.)
3.
Hadis riwayat Abd Razzaq di dalam Musannaf beliau, yang telah mengatakan bahawa Adam adalah manusia pertama yang telah membina kaabah. (Ibn Hajar, ibid.)
4.
Hadis dari riwayat Abdul Wahab bin Munabbih yang menyatakan perkara yang sama juga. (Ibn Hajar, ibid.)
5.
Hadis mengenai zam-zam yang panjang di dalam al-Sunan al-Kubra oleh al-Nasaai, di mana di dalam hadis tersebut malaikat telah memberitahu Hajar tentang air zam-zam dan tapak tersebut merupakan masjid al-Haram telah mengatakan: “Janganlah kamu takut kamu akan kehilangan, di sinilah Baitullah, ANAK ini dan bapanya akan membina (semula)…”. Apabila malaikat mengatakan sedemikian, ini menunjukkan masjid al-Haram ataupun Bait al-haram sememamngnya telah wujud sebelum Ibrahim membinanya buat kali kedua. (Lihat: al-Nasaai (mati 303H) (1991M), al-Sunan al-Kubra, Bairut: Dar al-Marifah, cetakan pertama, j. 5, hal. 100). Hadis yang sama juga diriwayatkan oleh Abdul Razak di dalam Musannaf (Abdul Razaq, al-Musannaf, j.5 hal. 106).


Persoalan yang timbul kini, siapakah pula yang membina Masjid al-Aqsa?, jika dilihat kepada hadis Abu Dzar, ternyata Masjid al-Aqsa dibina 40 tahun selepas Masjid al-Haram. Berhubung dengan persoalan ini, Ibn Hajar telah membawakan beberapa andaian, tetapi di akhirnya beliau telah memilih pendapat Ibn Hisyam di dalam bukunya al-Tijaan (dan juga pendapat ulama-ulama lain seperti al-Bayhaqi, Abdul Razzaq, Wahab ibn Munabbih dan lain-lain) yang mengatakan Adamlah yang telah membina Masjid al-Aqsa kerana tempoh waktu 40 tahun pembinaan al-Aqsa selepas Masjid al-Haram adalah lebih dekat dengan Adam A.S. berbanding dengan orang-orang lain. (Lihat: Ibn Hajar, Fath al-Baari, j. 6, hal. 409)


Menurut Fiqh Islam, masjid didirikan atas 4 elemen: Lokasi, Sempadan, Qiblat, dan Aktiviti. Menurut Ulamak, lokasi dan sempadan tidak terhad kepada satu bangunan sahaja. Bahkan masjid pada zaman Nabi Muhammad s.a.w pun tidak mempunyai bagnunan. Yang penting, pembina perlu menetapkan lokasi dan sempadan masjid tersebut.

Bagi Lokasi Al-Aqsa di dalam peta moden, ianya terletak di Old City Of Jurusalem, West Bank. Pada Zaman nabi, tempat ini dikenali dgn pelbagai nama sperti Eiliya', Sham, al-Ard al-Muqaddasah, al-Ard al-Mubarakah dan al-Quds. Pekan ini dikelilingi oleh benteng.Al-Aqsa terletak di Tenggara pagar pekan lama ini.




Bangunan Al-Aqsa yg Sebenar



Secara ringkas, Masjid al-Aqsa adalah kawasan yg meliputi semua monumen yg terdapat disekelilingnya termasuklah Qubbah as-Sakhra, Masjid Buraq dan sekitar kawasan 4 segi tersebut.
Ini berdasarkan:

Nabi diisra' ke al-Aqsa, dan dimi'rajkan dari al-Aqsa juga. Semua bersetuju baginda s.a.w dinaikkan ke langit dpd lokasi Qubbah As-Sakhra. Maka, dakwaan yg mengatakan As-Sakhra bukan Al-Aqsa tak tepat keran ia terletak di dalam sempadan al-Aqsa.

Masjid tak semstinya sebuah bangunan. Boleh juga Masjid dibina atas tanah lapang, asalkan sempadan dan lokasinya ditetapkan, maka itiulah dia Masjid.

Al-Aqsa mempunyai persamaan dgn Kaabah. Ia dibina oleh orang yg sama iaitu Nabi Adam a.s, Jika dibesarkan pelan kaabah didapati bentuk pelannya adalah sama dgn sempadan al-Aqsa. Sudut bukaan di setiap sudutnya adalah sama. Sempadan al-Aqsa merupakan scaled-up version bagi pelan Kaabah. (Dr Haithem)



Bangunan Masjid yg dibina oleh Sayidina Umar al-Khattab di selatan sempadan al-Aqsa dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Jami' Qibli atau Jami' Al-Aqsa. Inilah yg didakwa sebagai Bangunan Masjid Al-Aqsa oleh umat Islam sedunia. Sekiranya disebut Masjid Al-Aqsa, ianya adalah kawasan di dalam pagar tersebut termasuklah Qubbah As-Sakhra, Jami' Qibli, MAsjid Buraq, dan Tanah Lapang yg berada di dalampagar sempadannya. Seperti di dalam imej bawah, semua yg berada dalam kotak kuning berada di dalam Masjid Al-Aqsa.


Kesimpulannya, Masjid al-Aqsa telah dibina oleh nabi Adam A.S. ataupun anak-anaknya beribu tahun sebelum Sulaiman membinanya semula buat kali kedua. (Lihat: Syurab, Muhammad Hassan (1994M), Baytul Maqdis Wa al-Masjid al-Aqsa: Dirasat Tarikhiyyah Muwattahaqah, Damsyik: Dar al-Qalam, hal. 301)
2) Hadis-hadis riwayat al-Nasaai dariapada Abdullah bin Amru bin ‘Aas dengan sanad yang pelbagai telah menyatakan bahawa Sulaiman bin Daud adalah orang yang pertama membina Masjid al-Aqsa. Antara petikan dari hadis tersebut, Sulaiman A.S. telah berdoa kepada Tuhan setelah selesai membina masjid al-Aqsa telah berdoa kepada Allah tiga perkara, antaranya ialah barangsiapa yang bersolat di masjid tersebut akan diampunkan dari dosa-dosanya yang lalu …”
Hadis-hadis ini walaupun sahih, tetapi dari segi makna, ianya bertentangan dengan hadis Abu Dzar yang lebih sahih. Oleh yang demikian, kebanyakan ulama mentafsirkannya sebagai pemberitahuan bahawa Sulaiman telah menaikkan semula binaan masjid al-Aqsa dan bukannya membinanya buat kali pertama.
3) Hadis-hadis riwayat al-Bayhaqi, al-Hakim, dan lain-lain ulama hadis di dalam kitab-kitab mereka yang mengatakan Daud A.S. merupakan orang yang pertama membina Masjid al-Aqsa.
Hadis-hadis ini, sepertimana yang telah diterangkan oleh Muhammad Hassan Syurab, samada bersifat Dhaif, Maudhuk, munkar dan lemah dari segenap sudut serta bersumberkan Israeliyyat dan secara jelas bertentangan dengan hadis Abu Dzar yang jauh lebih sahih. (Lihat: Syurab, op.cit., hal. 301-303)
Kesimpulan
Kebanyakan hujah-hujah mereka yang mengatakan bahawa Nabi Sulayman merupakan orang yang awal membina masjid al-Aqsa adalah tidak kuat dan tidak bersandarkan dalil-dalil yang kuat. Manakala hadis-hadis yang menceritakan bahawa Nabi Daud membinanya pula merupakan hadis-hadis yang lemah. Satu-satu hadis yang paling sahih dan kuat di dalam menceritakan tentang pembinaan Masjid al-Aqsa adalah hadis Abu Dzar riwayat al-Bukhari. Berdasarkan hadis ini dan juga hadis-hadis lain yang mentafsirkannya, dapat kita simpulkan bahawa orang yang pertma membina Masjid al-Aqsa adalah Nabi Adam A.S.

Sunday, May 23, 2010

SIYASAH KE ARAH PERLAKSANAAN ISLAM

Dalam usaha melaksanakan Islam, ia memerlukan kepada siyasah. Setelah berjaya menubuhkan kerajaan Islam, pun memerlukan kepada siyasah.

Dalam bahasa Melayu, Siyasah diterjemah sebagai politik. Apabila disebut siyasah, ia tidak lepas daripada menimbang antara mudharat dan maslahah.

Perlaksanaan Hudud adalah wajib, tetapi perlu difikirkan mudharat jika segera dilaksanakan; Apakah mendatangkan mudharat atau maslahah?

Tidak dinafikan, semua ketetapan Allah adalah memberi kemaslahatan kepada manusia. Namun, jika dilaksanakan hudud dalam keadaan rakyat tidak faham, apakah ia akan mendatangkan mudharat atau tidak? Itu wajar diberi perhatian.

Jadi, melaksanakan hudud adalah wajib, tetapi cara perlaksanaannya memerlukan kepada siyasah. Apakah perlu dilaksanakan dengan segera atau tidak? Apakah dengan segera melaksanakan itu, akan menghasilkan kemudharatan pada hukum itu sendiri, seperti penolakan terhadap hukum itu secara total atau tidak? Itu yang wajib diberi perhatian.

Tidak hairan, Umar bin Abdul Aziz ada menyebut setelah ditanya oleh anaknya bernama Abdul Malik, tentang beliau tidak melaksanakan Islam secara total setelah mengambil tampuk pemerintahan.

Umar berkata;

لا تعجل يا بني , إن الله ذم الخمر في القرءان مرتين , وحرمه في ثالثة , و الله إني أخاف أن أحمل الحق على الناس جملة , فيدفعواه جملة

Maksudnya;
“Jangan kamu gopoh wahai anakku. Sesungguhnya Allah cela arak dalam Al-Quran sebanyak dua kali, lalu diharamkan pada kali ketiga. Demi Allah, Aku bimbang melaksanakan kebenaran kepada manusia secara total, lalu mereka menolaknya secara total”

Sebab itu, hudud perlu dilaksanakan. Tetapi, sebelum dilaksanakan, didahulukan usaha pemahaman hukum hudud kepada rakyat adalah perlu. Agar, dengan perlaksanaan hudud itu tidak mendatangkan mudharat besar, seperti pemberontakan dan penolakan terhadap hukum Allah secara besar-besaran. Jika ini berlaku, sudah pasti ia akan melahirkan kemudharatan dalam pentadbiran, walhal kemudharatan itu dilarang oleh Allah SWT.
baca lagi di sini...

Tuesday, May 18, 2010

Kejadian Langit dan Bumi Daripada Asap



Dalam surah Fussilat ayat 11, Allah mengatakan langit dan bumi di peringkat awal dahulu kekosongan daripada sebarang objek di langit.

Yang wujud ialah asap. Daripada asap ini lahirlah bintang-bintang serta galaksi disusuli dengan kelahiran sistem suria dan bumi.

Berhubung dengan ini, dalam kitab Al-Asas fit Tafsir, As-Syeikh Said Hawa berkata,

“Sesungguhnya memang sudah ada suatu keyakinan bahawa sebelum terjadinya bintang-bintang, keadaan di angkasa raya adalah dalam bentuk gas seperti asap. Pandangan seperti ini dapat diterima sebagai sahih kerana ia begitu hampir dengan maksud kalimat dukhan dalam al-Quran.”

Kalimat yang digunakan dalam ayat ini yang melambangkan asap ialah dukhan. Dalam bahasa Inggeris dukhan bermaksud smoke. Penggunaan kalimat asap atau smoke ini memang selari dengan penemuan semasa kerana asap lahir dari satu suasana yang panas dan suasana di peringkat awal kejadian alam sememangnya panas.

Ketika menceritakan tentang asap ini, para saintis mengaitkannya dengan gas-gas (terutamanya hidrogen dan helium) yang wujud seperti awan tebal di peringkat awal dahulu.

Para saintis menyifatkan asap daripada gas ini sebagai dark clouds, clouds of gas, fog of neutral hydrogen and helium. hot mass of gas dan yang seumpamanya. Ia bermaksud gas-gas di peringkat awal kejadian langit dan bumi wujud dalam bentuk seperti “awan-awan hitam, awan-awan daripada gas, awan-awan gas daripada hidrogen dan helium, gas bersuhu tinggi” dan yang seumpamanya.

Kejadian langit dan bumi daripada asap menyentuh tentang kejadian objek-objek daripada asap. Oleh sebab bumi merupakan satu objek maka langit yang difirmankan Allah juga merupakan objek-objek seperti bintang, galaksi dan seumpamanya. Kesemua objek ini lahir daripada asap.

Salah satu kajian yang dilakukan dalam bidang ilmu astrofizik ialah mengenal pasti keadaan alam selepas berlakunya peristiwa Big Bang. Kajian menunjukkan, pengembangan alam berlaku dalam keadaan suhu yang tinggi di peringkat itu.

Selepas masa berlalu lebih kurang tiga minit proses penyejukan pula berlaku. Keadaan ini memungkinkan kelahiran proton dan neutron dan percantuman kedua-duanya melahirkan nukleus. Nukleus ini kemudiannya bercantum dengan elektron dan dengan itu lahirlah atom hidrogen dan helium.

Selepas 300,000 tahun berlalu (selepas Big Bang), gas-gas hidrogen dan helium bercantum kesan daripada tarikan graviti dan dengan itu lahirlah gumpalan-gumpalan asap raksasa. Daripada gumpalan-gumpalan asap ini, selepas berlalu masa jutaan tahun, lahirlah bintang-bintang, galaksi, planet dan bumi. Hal ini disebutkan dalam The Vindication of the Big Bang: Breakthroughs and Barriers (Parker, Barry R., Plenum Press, New York, 1993).

Penemuan semasa mengesahkan fenomena kejadian alam daripada asap ini. Dalam artikel bertajuk Gas Clouds In Space: Remnants Of The Big Bang di San Francisco Examiner bertarikh 14 Januari 2000, Keay Davidson melaporkan bahawa para saintis menemui gas hidrogen yang bergerak seumpama awan di kawasan angkasa dengan kelajuan lebih kurang 300 batu sejam. Para saintis berpendapat gumpalan gas ini wujud memenuhi kosmos selepas berlakunya ledakan Big Bang dahulu.

National Radio Astronomy Observatory Socorro, New Mexico.News Release, pada 25 Julai 2003, di bawah tajuk Giant Gas Cloud Made Of Atoms Formed In First Stars, melaporkan tentang satu penemuan yang menunjukkan bahawa di peringkat awal kejadian alam, molekul-molekul gas telah memenuhi angkasa dan daripadanya lahirlah bintang-bintang.

Pada tanggal 25 November 1999, di bawah tajuk Puzzle Of Galactic Evolution Solved pula, Science Daily Online melaporkan satu penemuan oleh para saintis daripada Universiti Wisconsin-Madison. Penemuan ini dianggap mampu menjawab persoalan yang selama ini menghantui pakar-pakar astronomi. Mereka mendapati awan-awan raksasa yang dipenuhi gas memainkan peranan penting untuk melahirkan bintang-bintang dan juga galaksi-galaksi di langit sebelum ini.

Di samping itu sebahagian daripada awan ini menentukan komposisi kimia di galaksi-galaksi dengan menghujaninya dengan gas-gas tertentu dari masa ke semasa. Penemuan ini pada asalnya dilaporkan dalam jurnal Nature.

Tambahan daripada itu, dalam Universe Today Online bertarikh 2 Februari 2005, di bawah tajuk Missing Matter Could Be Clouds of Gas, dilaporkan bahawa pihak NASA di Chandra X-Ray Observatory menemui dua gumpalan awan raksasa yang dipenuhi gas-gas bersuhu tinggi. Kajian pakar-pakar menunjukkan gas-gas seumpama awan ini mampu melahirkan galaksi-galaksi yang mengandungi berbilion bintang.

Kita boleh simpulkan bab ini dengan merujuk kepada laporan yang dibuat oleh Space Telescope Science Institute di [Only Registered Users Can See Links. Click Here To Register]. Di bawah tajuk Star Formation, The Earliest Stars, ia melaporkan, “Pakar-pakar dalam bidang kosmologi meyakini alam ini bermula lebih kurang 15 bilion tahun dahulu dengan ledakan Big Bang. Ia melahirkan gas-gas hidrogen dan helium dalam bentuk gumpalan awan raksasa. Kesan daripada tarikan graviti yang berlaku antara molekul-molekul gas ini, lahirlah bintang-bintang.” Penemuan-penemuan ini dan yang seumpamanya mengesahkan kebenaran al-Quran yang terdapat dalam surah Fussilat ini.

terima kasih kpd sumber.. saya paste & copy saja

mudah2an ada ILMU BERMANFAAT dlm thread ini


GAMBAR DI ATAS - adalah satu gambar galaksi NGC ke-4414.




















































MARI KITA SELUSURI PERJALANAN ISRA' MI'RAJ RASULULLAH

Dari peristiwa Mi'raj yang dialami oleh Rasulullah Muhammad Saw Al-Amin, banyak hal yang bisa kita ambil sebagai pelajaran, baik yang ada hubungannya dengan masalah ritual seperti shalat lima waktu, peristiwa yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad maupun yang ada hubungannya dengan ilmu pengetahuan seperti ilmu falak, astronomi, ilmu biologi dan sebagainya.

Menurut riwayat, sebelum Nabi saw berangkat untuk penerbangan jarak jauhnya dalam peristiwa Mi'raj itu, lebih dahulu Nabi dibedah dadanya untuk dibersihkan jantungnya oleh malaikat Jibril as, maksud dibersihkan itu sendiri, secara ilmiahnya sebagai suatu persiapan jasmaninya agar cukup dan mampu dalam menempuh penerbangan jarak jauh.

Jantung merupakan organ vital kepada manusia, terutama dalam mengalirkan peredaran darah di mana jantung bekerja tanpa berhenti sejak dari kandungan sampai ke akhir hayat.

Sepasang dokter Amerika yang terdiri dari suami istri, Dr. William Fisher dan Dr. Anna Fisher mengatakan bahwa perkembangan ilmu kedoktoran antariksa sedang memusatkan penyelidikannya berhubung pembuluh darah jantung para astronot dan keadaan tulang-tulang yang makin lemah setelah lama berada dalam ruang angkasa, ini membuktikan kebenaran dari peristiwa 'Pembedahan Dada' Nabi Muhammad Saw oleh doktor-doktor langit yang ditunjuk oleh Allah Swt, iaitu para malaikat yang diketuai oleh Jibril as.
Dalam peristiwa pembedahan dan pembersihan jantung Nabi sebelum Mi'raj, merupakan pengertian bagi manusia umumnya untuk mempelajari ilmu kedoktoran khususnya dalam bidang pembedahan (surgery) dan anatomi serta ilmu kedoktoran antariksa. Ternyata kemudian bedah jantung, pencangkokan jantung, dan ilmu kedokteran antariksa oleh para ahli mulai diperkenalkan pada abad dua puluh.

Bagi umat Islam, bukanlah sesuatu hal yang baru jika mereka mau menghayati dan mempelajari apa-apa yang telah terjadi dan dialami oleh Rasulullah saw yang mereka cintai.

Pada abad-abad kemajuan Islam dibidang teknologi dan ilmu pengetahuan, maka jelaslah bagi kita bahwa ahli-ahli kedoktoran Muslim telah memperlihatkan kemajuan yang begitu pesat sekali dengan kitab-kitab berbahasa Arab yang berisi ilmu-ilmu perubatan, kedokteran yang benar-benar ilmiah dan asli.

Malah sudah menjadi bahan rujukan di negara Eropah khususnya, ahli-ahli perubatan yang termasyhur seperti Ibnu Sina, Qorsh-'Ala'uddin, Ibnu an Nafis seorang doktor yang pertama kali mengajarkan pulnomery peredaran darah, di mana dalam tulisan itu dijelaskan secara sistematik bagaimana aliran darah mengalir dari hati ke jantung melalui urat nadi, paru-paru dan kemudian kembali lagi ke hati.

Dari contoh di atas itulah kita sedikit sebanyak bisa mengambil kesimpulan bahwa dalam peristiwa pembedahan Nabi saw sebelum Mi'raj, dapat diambil pelajaran dan memperoleh ilmu pengetahuan dan penyelidikan terutama dalam bidang ilmu bedah dan ilmu kedoktoran antariksa. Begitu pula dengan tidak meninggalkan pada dada Nabi saw bekas jahitan setelah pembedahan itu, adalah benar-benar petunjuk bagi manusia agar dapat menciptakan alat bedah yang benar-benar moden dengan sinar laser yang tercanggih.

Setelah Nabi saw dikuatkan baik mental maupun jasmaninya, barulah beliau mengadakan perjalanan jauh sampai berjuta-juta tahun cahaya menempuhnya, namun ditempuh oleh Nabi saw hanya beberapa jam saja dalam peristiwa itu dengan berkendaraan Buraq.

Menurut sebuah Hadist yang diriwayatkan oleh Annas ra, Rasulullah saw menjelaskan bahwa Buraq itu adalah "Dabbah", yang menurut penafsiran bahasa Arab adalah suatu makhluk hidup berjasad, bisa laki-laki bisa perempuan, berakal dan juga tidak berakal.

Kalau dilihat dalam kamus bahasa, maka kita akan menemukan istilah "buraq" yang diartikan sebagai "binatang kendaraan Nabi Muhammad Saw", dia berbentuk kuda bersayap kiri kanan. Dalam pemakaian umum, "buraq" itu berarti burung cenderawasih yang oleh kamus diertikan dengan burung dari syurga (bird of paradise).

Sebenarnya, "buraq" itu adalah istilah yang dipakai dalam AlQur'an dengan arti "kilat", sebagaimana tersebut pada ayat 2:19, 2:20 dan 13:2 dengan istilah aslinya "Barqu".

Para sarjana telah melakukan penyelidikan dan berkesimpulan bahwa kilat atau sinar, bergerak sejauh 186,000 mil atau 300 Kilometer perdetik. Dengan penyelidikan yang memakai sistem paralax, diketahui pula jarak matahari dari bumi sekitar 93,000,000 mil dan dilintasi oleh sinar dalam waktu 8 minit.

Jarak sedemikian besar disebut 1 AU atau satu Astronomical Unit, dipakai sebagai ukuran terkecil dalam menentukan jarak antara benda di angkasa. Dan kita sudah membahas bahwa Muntaha itu letaknya di luar sistem galaksi bimasakti kita, di mana jarak dari satu galaksi menuju kegalaksi lainnya saja sekitar 170,000 tahun cahaya. Sedangkan, Muntaha itu sendiri merupakan bumi atau planet yang berada dalam galaksi terjauh dari semua galaksi yang ada diruang angkasa.

Amatlah janggal, jika kita mengatakan bahwa buraq tersebut dipahami sebagai binatang atau kuda bersayap yang dapat terbang ke angkasa bebas. Orang tentu dapat mengetahui, bahwa sayap hanya dapat berfungsi dalam lingkungan atmosfera bumi, di mana udara ditunda ke belakang untuk bergerak maju ke depan atau ditekan ke bawah untuk melambung ke atas.

Udara sebegitu hanya berada dalam troposfera yang tingginya 6 hingga 16 Km dari permukaan bumi, padahal buraq itu harus menempuh perjalanan menembusi luar angkasa yang hampagas di mana sayap tak berguna malah menjadi beban. Dengan kecepatan kilat maka binatang kendaraan itu dan juga Nabi saw yang menungganginya akan terbakar dalam lingkungan atmosfera bumi, malah ketiadaan udara untuk bernafas ketika menempuh jarak yang sangat jauh dan lagi pula harus mengelakkan diri dari meteor yang berlayangan di angkasa bebas.

Semua itu, membuktikan bahwa Nabi Muhammad saw bukanlah melakukan perjalanan mi'rajnya dengan menggunakan binatang atau hewan bersayap sebagaimana yang diyakini oleh orang selama ini.
Penggunaan istilah dari barqu yang berarti kilat menjadi buraq, jelas mengandungi pengertian yang berbeza, di mana jika barqu itu adalah kilat, maka buraq saya andaikan sebagai suatu kendaraan yang mempunyai sifat dan kecepatannya mengatasi kecepatan kilat atau sesuatu yang kecepatannya melebihi pergerakan cahaya.

Menurut akal fikiran, jarak yang demikian jauhnya tidak mungkin dapat dicapai hanya dalam beberapa saat saja.

Untuk menerobos garis tengah angkasaraya saja memerlukan waktu 10 milyard tahun cahaya melalui galaksi-galaksi yang oleh Garnow disebut sebagai fosil-fosil angkasaraya dan selanjutnya menuju alam yang sulit digambarkan jauhnya oleh akal pikiran dan panca indera manusia dengan segala macam peralatannya, karena belum atau bahkan tidak diketahui oleh para astronomi, galaksi yang lebih jauh dari 20 bilyun tahun cahaya. Dengan kata lain mereka para astronomi tidak dapat melihat apa yang ada di balik galaksi sejauh itu kerana keadaannya yang benar-benar gelap mutlak.

Untuk mencapai jarak yang demikian jauhnya, tentu diperlukan penambahan kecepatan yang berlipat kali kecepatan cahaya. Sayangnya, kecepatan cahaya merupakan kecepatan tertinggi yang diketahui oleh manusia sampai hari ini, atau boleh jadi kerana parameter kelajuan cahaya belum terjangkau oleh manusia.

Di dalam Al-Qur'an kita jumpai betapa hitungan waktu yang diperlukan oleh para malaikat dan ruh-ruh orang yang meninggal kembali kepada Tuhan:

Malaikat-malaikat dan ruh-ruh naik kepadaNya dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun.
(QS. 70:4)

Lafaz "Ar-Ruh", pada ayat ini sering juga ditafsirkan orang dengan Jibril as.

Ukuran waktu dalam ayat di atas, ada para ahli tafsir yang menyebut bahwa angka 50 ribu tahun itu menunjukkan betapa lamanya waktu yang diperlukan penerbangan malaikat dan Ar-Ruh untuk sampai kepada Tuhan.

Namun bagaimanapun juga ayat itu juga menunjukkan adanya perbezaan waktu yang cukup besar antara waktu kita yang tinggal di bumi dengan waktu malaikat yang bergerak cepat sesuai dengan pendapat para ahli fizik yang menyebutkan:
"Time for a person on earth and time for a person in hight speed rocket are not the same"
(Waktu bagi seseorang yang berada di bumi, berbeza dengan waktu bagi orang yang ada dalam pesawat yang berkelajuan tinggi.)

Perbezaan waktu yang disebut dalam ayat di atas dinyatakan dengan angka satu hari malaikat berbanding 50,000 tahun waktu bumi, perbezaan ini tidak ubahnya dengan perbezaan waktu bumi dan waktu elektron, di mana satu detik bumi sama dengan 1,000 juta tahun elektron atau 1 tahun Bima Sakti = 225 juta tahun waktu sistem solar.

Jadi bila malaikat berangkat jam 18:00 dan kembali pada jam 06.00 pagi waktu malaikat, maka menurut perkiraan waktu di bumi sehari malaikat = 50,000 tahun waktu di bumi. Untuk jarak radius alam semesta hingga sampai ke Muntaha dan melewati angkasaraya yang disebut sebagai 'Arsy Ilahi, 10 Milyard tahun cahaya diperlukan waktu kurang lebih 548 tahun waktu malaikat.

Namun kenyataannya, malaikat Jibril dalam peristiwa Mi'raj Nabi Muhammad Saw itu hanya menghabiskan waktu 1/2 hari waktu bumi atau maksimum 12 jam atau sama 1/100,000 tahun Jibril.

Kejadian ini nampaknya begitu aneh, bahkan tidak mungkin menurut pengetahuan peradaban manusia saat ini, tetapi para ilmuwan mempunyai pandangan lain, suatu contoh apa yang dikemukakan oleh Garnow dalam bukunya Physies Foundations and Frontier antara lain disebutkan bahwa jika pesawat ruang angkasa dapat terbang dengan kecepatan cahaya menuju ke pusat sistem galaksi Bima Sakti, ia akan kembali setelah menghabiskan waktu 40,000 tahun menurut kalender bumi tetapi menurut juruterbang pesawat penerbangan itu hanya menghabiskan waktu 30 tahun saja. Perbezaannya tampak begitu besar lebih dari 1,000 kalinya.

Kembali pada peristiwa mi'raj Rasulullah saw bahwa jarak yang ditempuh oleh malaikat Jibril as bersama Nabi Muhammad saw dengan Buraq menurut ukuran di bumi sejauh radius jagad raya ditambah jarak Sidratul Muntaha pulang pergi ditempuh dalam waktu maksimal 1/2 hari waktu bumi (semalam) atau 1/100.000 waktu Jibril atau sama dengan 10-5 tahun cahaya, yaitu kira-kira sama dengan 9,46 X 10 -23 cm/detik dirasakan oleh Jibril bersama Nabi Muhammad (bandingkan dengan radius sebuah elektron dengan 3 X 19-11 cm) atau kira-kira lebih pendek dari panjang gelombang sinar gamma.

Jadi, sekarang kita bisa mendeskripsikan tentang kendaraan bernama Buraq ini sedemikian rupa, apakah dia berupa sebuah pesawat ruang angkasa yang memiliki kelajuan melebihi kelajuan cahaya dan kelajuan UFO? Ataukah dia berupa kekuatan yang diberikan Allah kepada diri Rasulullah Saw sehingga Rasul dapat terbang di ruang angkasa dengan selamat dan sejahtera, bebas melayang seperti seorang Superman?

Saya sendiri berpendapat bahwa Buraq itu tentulah sebuah kendaraan penjelajah interdimensi yang sempurna, yang seolah hidup sehingga Nabi Muhammad Saw mengkiaskannya sebagai suatu dabbah. Suatu wahana yang sanggup membungkus dan melindungi jasad Rasulullah saw sedemikian rupa sehingga sanggup mengatasi hukum alam dalam perjalanan dimensi. Sekaligus di dalamnya tersedia cukup udara untuk pernafasan Nabi Muhammad Saw dan penuh dengan monitor-monitor yang memungkinkan Nabi untuk melihat keluar ataupun juga monitor-monitor yang bersifat "Futuristik", yaitu monitor yang memberikan gambaran kepada Rasulullah mengenai keadaan umatnya sepeninggal beliau nantinya.

Terdapat banyak juga hadis yang sahih yang menceritakan selama perjalanan menuju ke Muntaha itu, Nabi Muhammad Saw telah diperlihatkan pemandangan-pemandangan yang luar biasa?
Apakah aneh bagi anda jika Nabi Muhammad Saw telah diperlihatkan oleh Allah (melalui monitor-monitor futuristik tersebut) terhadap apa-apa yang akan terjadi di kemudian hari?

Di dalam dunia komputer, kita mengenal virtual reality (VR) yaitu penampakan alam nyata ke dalam dimensi multimedia digital yang sangat interaktif sehingga bagaikan keadaan sesungguhnya. Apakah tidak mungkin Rasulullah telah merasakan fasilitas “VR” dari Allah Swt, untuk dipersembahkan kepada kekasihNya itu syurga dan neraka yang dijanjikanNya?

Pasti anda pernah dengar tentang sebutan paranormal, bukan?
Jika anda mempercayai semua itu, maka apalah susahnya bagi anda untuk mempercayai bahwa hal itupun boleh terjadi pada diri Rasulullah Saw, hanya saja bezanya bahwa semua itu merupakan gambaran asli dari Allah Swt yang sudah pasti kebenarannya tanpa bercampur dengan hal-hal yang batil.
--------------------------------------------------------------------------------
sumber dari Arman Syah

semua ini saya paste & copy dari sini:http://202.190.179.32/v2/print.php?type=F&thread=169&post=2993&nr=1
terima kasih kpd sumber



Thursday, May 13, 2010

Perhimpunan Perdana Palestin di Stadium Melawati Shah Alam


Sekitar Perhimpunan Perdana PALESTIN pada 8 may 2010 bertempat di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.


Antara muslimah yang turut serta....






































Kumpulan nasyid Shoutul Harokah
























Wakil NGO






















































wakil dari palestin
































Antara sumbangan yang diterima













Petikan dari Wakil Palestin

"Sudut pandang pertama, Gaza yang hari ini menderita kerana embargo. Gaza hari ini merupakan penjara terbesar di dunia bahkan penjara terbesar dalam sejarah manusia.

Sejumlah 1.5 juta manusia terperangkap di dalam penjara ini tanpa boleh melakukan perjalanan keluar, tanpa boleh bergerak secara normal dan bebas. Seluruh sempadan ditutup dengan tembok. Pintu-pintu sempadan ditutup, dan yang sangat disayangkan pintu Rafah yang terhubung ke mesir juga ditutup, tidak dibuka kecuali sedikit dan untuk beberapa seketika sahaja.

Hari ini Gaza menderita kerana embargo ini, disebabkan kelaparan dan kekejaman yang diberikan. Apakah penyebabnya sehingga rakyat Gaza diperlakukan sebegini?

Demi Allah sama sekali tidak lakukan apapun kecuali kerana memilih HAMAS(Gerakan Perlawanan Islam) melalui pilihanraya yang bebas dan demokratik pada tahun 2006 yang tidak mengiktiraf rejim Israel.

Sebagaimana juga para penduduk Tebing Barat yang pada pilihanraya itu juga memilih HAMAS kerana mereka merasa perlunya perlawanan(muqawamah). Mereka merasa wajib memilih jalan ini keatas Israel dan memilih pemimpin yang sanggup membela dan menjaga bumi Al-Quds, pemimpin yang sanggup berkorban demi menjaga hak rakyat Palestin untuk kembali ke negerinya dan hak-hak semua rakyat Palestin.

Rakyat Gaza sekarang dihukum secara missal dan kolektif kerana mereka memilih untuk melawan kehendak penjajah Israel dan Amerika Syarikat. Gaza hari ini dihum kerana keteguhannya berdiri di depan wajah kezaliman serangan Zionis Israel 1 setengah tahun yang lalu.

Hari ini Gaza membayar keteguhan, ketegaran dan kemuliannya dengan sanggup menderita cedera parah, kelaparan serta dilarang seluruh warganaya dari keluar.

Sikap yang teguh ini telah menggagalkan kejahatan serta embargo keatasnya. Sebaliknya Gaza akan berhasil dan memenangkan pertempuran panjang ini, tetapi kepastian kemenangan itu datangnya dari Allah, itu pasti.

Warga Gaza telah membuktikan keazamannya tetapi keazaman itu juga perlu ada pada kita sekelian, bangsa Arab dan bangsa Muslimin, dan keatas seluruh warga dunia yang merdeka, yang tidak berdiam diri keatas kejahatan embargo serta hukuman kolektif yang ditimpa atas Gaza.

Kerana itu sikap anda disini dan bantuan anda semua diperlukan dalam mengumpul dana sekaligus meyakinkan para dermawan agar ikut serta dalam menentang embargo d Gaza merupakan pejuangan yang mulia.

Kalau saudara2 kita di Gaza berjihad dengan nyawa, darah, serta penderitaan, tetapi anda seluruh manusia yang merdeka disini pula perlu berjihad melalui harta, kata-kata dana jika ini berterusan, dengan seluruh gerakan kalifah-kalifah ke Gaza, dengan kapal2 yang menembusi ruang embargo, sekiranya Zionis tahu sesungguhnya mereka telah gagal sepenuhnya.

….sehingga sampai seluruh dunia mendengar teriakan kita: SEKARANG MASANYA MENGHENTIKAN EMBARGO!

….dan tempat yang baik ini tidak ada yang lebih baik selain Turki, Malaysia, Indonesia dan seluruh dunia merdeka, semoga Allah melimpahkan kepada kita semua kebaikan.

Kami akan mendoakan bagi kamu ganjaran yang besar di sisi Allah sebelum datangnya ganjaran kemuliaan dari manusia.

Sudut pandang kedua, adalah Al-Quds.

Wahai saudara dan saudariku,

Kiblat pertama anda dan kita semua masjid yang agung penuh berkat ini, yang menjadi tempat Israk Nabi kita Muhammad S.A.W,  dan kemudian bermikraj daripadanya ke langit ke tujuh. Semoga selawat dan salam serta keberkatan terlimpah keatas beliau.

Hari ini Al-Aqsa terancam hakis akibat penggalian-penggalian yang dilakukan untuk menghancur dan memusnahkannya. Ini untuk menbina Haikal Yahudi yang didakwa di atas tanahnya.

Tahukah anda bahwa ada 10 binaan yahudi yang sudah dibangunkan di sekitar Masjid Al-Aqsa, seperti mana diketahui 2 bulan terakhir telah dibangunkan sinagog kharab dan sedang disiapkan yang lain bertujuan merosakkan pandangan mengenai Al-Quds yang lama.

Kedudukan Al-Quds akan dirampas dan diubah sampai kaum muslimin nanti tidak akan mengenali lagi Masjid Aqsa dan kubah Asy-syakhra. Mereka benar2 menginginkan terjadinya Al-Quds kepada yahudi, dan Al-Aqsa diruntuhkan dan sekarang adalah tanggungjawab kita semua akan perkara ini. Ini merupakan tempat keanggungan kita dahulu.

Disebalik ini semua, wahai saudara saudariku, tenangkan diri kalian bersama kami rakyat palestin, kerana kami terikat sumpah dan amanah, insyaAllah, kami bersama kalian wahai saudara saudariku.

Kami berterima kasih atas sikap mulia anda dan saya memohon kepada Allah agar Dia menjaga anda semua dan dirahmati".

p/s: terjemahan ini diubah suai agar mudah dibaca.

Sunday, May 9, 2010

Tasawwur Islam



Tasawwur Islam

1. PENGERTIAN ISLAM.
Islam adalah sebagai Ad-Din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang terkandung di dalamnya aqidah, amalan-amalan dan hokum-hukum berhubungan dengan rohani dan jasmani, fardiyyah dan jamaiyyah, agama dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan akhirat. Secara khususnya Islam sebgaimana yang dikemukakan oleh ulama-ulama’ berdasarkan kepada Al-Qur’an dan AsSunnah adalah:-
· Islam bererti tunduk dan menyerah diri kepada Allah swt serta mentaatiNya yang lahir dari kesedaran dengan tidak dipaksa kerana ketundukan yang seperti itu tanpa perhitungan pahala dan dosa.
Firman Allah swt:-
Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah padahal kepadaNya menyerah diri segala apa yang ada dilangit dan bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan”. (Surah Ali Imran ayat 83)
Sesungguhnya tanda bukti penuh ketundukan kepada Allah swt ialah reda menerima agamaNya yang diiringi pula dengan penuh kesedaran. Ini adalah lantaran Islam menurut pengertian ini adalah merupakan agama yang diredai Allah, agama yang diwahyukan kepada Rasul-Rasul a.s. untuk disampaikan kepada manusia.
· Islam adalah peraturan (an Nizam), perundangan yang lengkap bagi mengatur kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh Rasulullah saw dripada Allah swt, guna disampaikan kepada manusia serta menyatakan apa yang mengenai orang yang mengikut dan menentang sama ada dosa dan pahala.
Firman allah swt:
Dan barangsiapa yang mencari selain daripada Islam maka dia tidak akan diterima daripadanya dan diakhirat nanti dia termasuk dikalangan orang-orang yang rugi” (Surah Ali Imran ayat 85)
· Islam adalah kumpulan peraturan yang diturunkan oleh Allah swt kepada RasulNya saw, yang terkandung di dalamnya peraturan-peraturan yang berbentuk aqidah, akhlak, muamalat dan segala berita yang disebut di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah adalah perintah untuk disampaikan kepada manusia.
Firman Allah swt:
Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintah itu) beerti kamu tidak menyampaikan risalah Allah dan Allah memelihara kamu dari gangguan manusia”
· Islam ialah keseluruhan Ad-Din yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw yang terkandung di dalamnya perkara-perkara yang berhubung dengan aqidah, amalan dan hokum yang disertai dengan kepatuhan secara zahir dan batin dengan penuh keikhlasan.
Firman Allah swt: “Bahkan sesiapa yang menyerah dirinya kepada Allah sedangkan dia berlaku baik, maka baginya ganjaran di sisi Tuhannya dan tidak ada takut bagi mereka dan mereka juga tidak berdukacita” (Surah al-Baqarah ayat 112)
· Islam dengan makna menyerah diri secara zahir sahaja sekalipun dengan tidak ada iman di dalam hati. Islam yang seperti ini tidak memberi apa-apa faedah kepada penganutnya.
Firman Allah swt: “orang Arab Badwi berkata: “Kami telah beriman”. Katakanlah kepada mereka: “Kamu belum beriman”, tetapi katakanlah: “Kami telah Islam, kerana iman itu belum masuk ke dalam hati-hati kamu”. (Surah Al Hujurat: ayat 14)
  • Islam merupakan jawapan yang tepat kepada tiga pertanyaan yang dikemukakan kepada setiap manusia, iaitu:
i) -dari mana ia datang?
ii) -mengapakah ia dijadikan?
iii)-kemanakah ia dikembalikan?
Jawapan soalan satu adalah terkandung didalam Firman Allah surah Al Hajj ayat 5, Surah Al Mukminun ayat 12-14, dan surah AtTariq ayat 5
Jawapan soalan dua “mengapakah ia datang” terkandung didalam surah AzZariyat ayat 56.
Jawapan untuk soalan tiga “kemanakah ia dikembalikan” ada di dalam Al Qur’an Surah Al Insyiqaq ayat 6, Surah ar Ruum ayat11, Surah AzZumar ayat 7, Surah An Najm ayat 42, dan Surah al Alaq ayat 8.
· Islam merupakan penghayatan yang sebenar bagi manusia; merupakan cahaya petunjuk dalam kehidupan; merupakan ubat yang mujarab untuk mengatasi; memperbaiki masyarakat dan jalan yang sebenar yang tidak mungkin sesat kepada sesiapa yang melaluinya.
2. TASAWWUR ISLAM YANG SEBENAR.
Islam sebagai Ad-Din yang lengkap dan sempurna yang akan membicarakan segala perkara dalam kehidupan manusia dan tidak ada sedikit kekurangan dan kecacatan dalam ajarannya. Oleh itu Islam merangkumi aspek aqidah, ibadah, syariah, akhlak, kebudayaan, ilmu pengetahuan, ekonomi, politik, dakwah, pergaulan, jihad, dan bermacam lagi. Disini diselitkan beberapa takrif berkenaan dengan tasawwur Islam tersebut
· Aqidah
Ialah kepercayaan kepada Allah yang tersimpul kukuh di dalam jiwa manusia tanpa ada sedikit keraguan terhadap kesemprnaan ajaran Islam. Inilah dasar dan pokok ajaran Islam dan seruan yang dibawa oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt:
Bermaksud:“sesungguhnya kami telah mengutuskan pada setiap umat seorang rasul supaya mereka menyembah Allah dan menjauhi taghut” (Surah An Nahl ayat 36)
· Ibadah
Satu ketundukan dan pengabdian kepada Allah yang esa dalam seluruh aspek kehidupan, dalam erti kata yang lain seluruh pekerjaan dan amalan yang dilakukan semata-mata kerana Allah dan mengikut syariat Islam, maka ia dinamakan ibadah. Firman Allah swt:
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengbdikan diri kepadaKu” (Surah Az Zariyat ayat 56)
· Syariah
Iaitu perundangan yang telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia dan tidak boleh diubah dengan apa cara sekalipun. Syariat Islam memelihara lima prinsip; iaitu agama, nyawa, maruah, akal dan harta.
· Akhlak
Imam Al Ghazali menyatakan bahawa akhlak ialah “bawaan sifat jiwa yang tersembunyi atau melahirkan perbuatan dengan mudah tanpa perlu berfikir terlebih dahulu” Berdasarkan definisi inilah Imam Al Ghazali menyatakan bahwa akhlak itu ialah sifat-sifat yang telah menjadi tabiat seseorang. Ia bukan sesuatu yang bersifat takalluf (sesuatu yang dibuat-buat) tetapi telah menjadi perangai dan miliknya yang sebenar bukan ia berpura-pura berperangai baik di hadapan orang pada masa-masa tertentu. Akhlak ialah satu ajaran daripada Islam, untuk memperbaiki tingkahlaku manusia dan ia mempunyai tempat yang tinggi dan pengaruh yang besar dalam gerakan dakwah kerana akhlak yang baik merupakan besi magnet kepada Islam.
· Kebudayaan
Islam mengikitraf kebudayaan asalkan ia berlandaskan kepada Islam. Di antara kebudayaan yang berlandaskan Islam adalah cara berpakaian, Islam tidak menetapkan cara khusus berpakaian kerana masing-masing kaum mempunyai cara berpakaian tersendiri namun kewajipannya adalah menutup aurat bagi lelaki dan perempuan yang tidak menampakkan susuk tubuh serta fitnah yang lebih buruk. Kaum lelaki dilarang memakai pakaian serupa perempuan begitu jugalah sebaliknya.
· Ilmu pengetahuan
Islam datang dengan menghapuskan kejahilan manusia dan digalakkan supaya menuntut ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan mendapat tempat yang tinggi di sisi Islam dan para penuntutnya dianggap mulia. Ayat al-Qur’an yang pertama menyuruh manusia supaya membaca (menuntut ilmu pengetahuan) dan banyak lagi dalil-dalil yang meminta umat Islam supaya belajar dan menuntut ilmu.
· Ekonomi
Ekonomi adalah penting untuk kehidupan manusia, lantaran itulah Islam mengiktiraf dan menerima ekonomi sebagai satu usaha meningkatkan taraf hidup manusia. Ilmu yang berkaitan dengan ekonomi di dalam Islam telah banyak diperluaskan oleh ulama’ yang pada dasarnya Allah menyebut tentang halalnya jual beli dan diharamkan riba’, begitu juga diwajibkan mengeluarkan zakat, beerti ia menyentuh perihal ekonomi.
· Politik
Manusia adalah makhluk yang perlukan hubungan social (social kontrak), justeru itu ia memerlukan bimbingan daripada pemimpin-pemimpin. Rasulullah saw telah meninggalkan kita dengan meninggalkan soal kepimpinan (khilafah) sebagai sesuatu yang penting di dalam membangunkan umat. Politik adalah sebahagian daripada Islam dan sesiapa yang menganggap politik bukan sebahagian daripada Islam beerti ia telah memisahkan agama dari landasan yang sebenarnya. Inilah fahaman ideology yang ditanam oleh musuh-musuh Islam supaya dengannya umat Islam akan terpisah secara berjuzsuk-juzuk dari amalan Islam yang sebenar.
· Dakwah
Dakwah ialah menyeru, mengajak manusia kepada pengabdian kepada Allah, ia adalah tugas mulia yang amat penting dan inilah tugas para Nabi dan rasul di utuskan ke muka bumi oleh Allah swt. Perbincangan mengenai dakwah akan dibincangkan dalam topik yang akan datang.
· Pergaulan
Manusia adalah makhluk yang memerlukan sosial untuknya berinteraksi dengan manusia lainnya. Oleh kerana itulah Allah menjadikan mansuia ini berpasang-pasang supaya manusia berasa damai dan tenteram dalam kehidupan. Dalam kehidupan bermasyarakat, Rasulullah banyak mengajar umatnya bagaimana tatacara hidup bermsyarakat yang sebenarnya seperti menghormati orang tua, memuliakan jiran, menziarahi orang lain, memuliakan tetamu, dan sebagainya.
· Jihad
Perkataan jihad berasal dari kata “jahada” yang bermaksud kesungguhan. Menurut syarak ialah pengerahan tenaga dari seorang Muslim dalam mempertahanakan dan menyebarkan Islam kerana menuntut keredhaan Allah. Kerana itu jihad adalah satu kalimah yang besar maknanya dan tuntutannya juga amat besar dipikul oleh umat Islam. Jihad dalam konteks yang luas boleh difahami dan diaplikasikan dalam pelbagai cara seperti lisan, berjihad menentang hawa nafsu, berjihad dengan peperangan, dan pelbagai lagi.
3. SYARIAT ISLAM : PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN
Takrif Al-Syariah Al-Islamiyyah
Syari’ah dalam bahasa Arab beerti aliran (almazhab) dan jalan yang lurus. Syariah Islamiyyah menurut istilah ialah hokum-hukum yang disyara’kan oleh Allah s.w.t. untuk hambaNya, samada yang berkaitan dengan aqidah, ibadat, akhlak, muamalat, dan system-sistem hidup dalam pelbagai aspek demi untuk kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat. Ia juga diertikan sebagai saluran air yang mengalir yang menjadi sumber minuman. Hokum-hukum ini dinamakan Syariah kerana lurus dan tidak menyimpang sistemnya dari matlamatnya, seperti landasan yang lurus tidak ada bengkang-bengkok. Berdasarkan penjelasan di atas maka syariat Islam Islam dari segi istilah syara’ adalah “semua hukum yang diciptakan oleh Allah untuk hambanya sama ada hokum-hukum ini diperundangkan melalui al-Qur’an atau Sunnah Nabi saw dalam bentuk perkataan, perbuatan atau perakuan baginda”.
Ciri-ciri keistimewaan Syariah Islamiyyah
Rabbaniyyah
Ianya membawa erti bahawa hukum dan peraturan Syariah ini dari Allah swt dan bukan ciptaan manusia. Beerti sumber Syariah Islamiyyah ialah Allah swt yakni wahyuNya kepada Nabi Muhammad saw dengan lafaz dan makna, iaitu al-Qur’an, atau dengan makna tidak lafaz iaitu as-Sunnah. Ciri ini membezakannya sama sekali dari semua perundangan duniawi kerana ia bersumberkan dari manusia sedangkan Syariah Islamiyah sumbernya pencipta manusia itu sendiri.
Natijah Syariah Islamiyyah:
i)-Prinsip-prinsip Syariah dan hokum-hakamnya bersih dari sebarang rupa bentuk kezaliman, kelemahan dan menurut hawa nafsu kerana penciptanya ialah Allah yang mempunyai ksempurnaan mutlaq. Undang-undang duniawi pula mempunyai kelemahan kerana ia lahir dari manusia yang memiliki kelemahan seperti kejahilan, penyelewengan, kezaliman, kelemahan, kekurangan, terpengaruh dengan hawa nafsu, alam persekitaran, kaum atau bangsa, dan sebagainya.
ii)-Hukum-hukum Syara’ mempunyai kehebatan dan kehormatan dalam jiwa orang-orang yang beriman dengannya ama ada pemerintah mahupun yang diperintah, justeru kerana ianya dari Allah dan pasti memiliki sifat Ad-Din. Atas dasar inilah ia tetap dihormati dan dipatuhi dengan rela hati yang didorongi oleh jiwa yang bersih dan keimanan yang mendalam tanpa ada unsur paksaan.
Balasan Duniawi dan Ukhrawi
Balasan duniawi ini ada yang bersifat kanun jenayah dan ada yang dikatakan kanun sivil sepertimana juga dengan undang-undang buatan manusia tetapi skopnya lebih luas dari balasan yang terdapat dalam undang-undang buatan manusia, justeru undang-undang Islam itu mencakupi seluruh urusan individu termasuklah soal-soal keagamaan dan akhlak, tidak sepertimana undang-undang buatan manusia. Balasan ukhrawi adalah dikenakan ke atas setiap perlanggaran hokum syara’ sama ada ia amalan had mahupun amalan anggota lahir, yang berkaitan dengan muamalat maliyyah (sivil) mahupun jenayah dan sama ada yang bersalah itu dikenakan hukuman keseksaan atau tidak, selagi tidak bertaubat nasuha dan mendapat penghalalan hak dari orang tertentu.
Alamiyyah dan Umumiyyah
Syariat Islam menjadi keistimewaan dengan ciri ini, ia menjadi rahmat untuk sekalian alam, menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia dan merupakan peraturan untuk manusia sejagat pada semua masa dan tempat. Ia bukan perundangan untuk satu jenis manusia, Negara, bangsa dan kabilah tertentu sahaja, bahkan ia untuk manusia di mana jua mereka berada. Islam meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara seperti:
a) Dharuriyyat : iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya. Perkara-perkara dharuriyyat ini perlu untuk menjaga akal, agama, jiwa, keturunan dan harta.
b) Hajiyyat : perkara yang diperlukan manusia untuk hidup. Namun manusia hidup tanpa kewujudannya.
c) Tahsiniyyat : iaitu perkara yang diperlukan manusia untuk hidup lebih mulia. Contohnya Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara penutupan mengikut tempat dan suasana. Ia lebih mirip kepada unsure kesempurnaan kemewahan.
Kekal.
Syariat islam kekal sepanjang zaman tanpa dinasakh dan tiada perubahan. Ia merupakan Syariat Islam terakhir dan penutup syariat-syariat samawi. Nabi Muhammad saw adalah rasul terakhir, tiada Nabi lagi selepas baginda. Kesejagatan Syariat Islam, umum untuk seluruh manusia dan tidak menerima sebarang pembatalan dan tukar ganti, sudah pasti segala peraturan dan hokum-hakamnya itu dapat mencapai kepentingan manusia sepanjang zaman dan disemua tempat dan mampu memenuhi segala keperluan yang dihajati oleh manusia setiap masa, dijadikannya sebagai penutup semua syariat, peraturan, prinsip dan hokum-hukumnya sesuai dilaksanakan untuk semua masa dan tempat.
Syumul
Syariat Islam itu suatu system yang syumul mencakupi semua urusan hidup yang menggariskan manusia jalan iman, menerangkan dasar-dasar aqidah, menyusun hubungan manusia dengan Tuhannya, memerintah bersihkan jiwa, dan mengatur hubungan manusia sesama manusia. Kesyumulan Islam ini dapat dilihat pada 3 kelompok:-
i)-Hukum-hukum yang berkaitan dengan aqidah seperti beriman kepada Allah dan hari akhirat. Perbahasan hokum-hukum aqidah ini dan kajiannya terdapat dalam ilmu kalam atau Tawhud.
ii)-Hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlak seperti wajib bercakap benar, amanah, menyempurnakan janji, haram berdusta, khianat, mungkir janji. Hokum-hukum akhlak ini kajiannya adalah dalam ilmu akhlak atau Tasawwuf.
iii)-Hukum-hukum yang berkaitan dengan perkataan dan perbuatan manusia dalam hubungan mereka dengan yang lain. Hokum amali ini dinamakan dengan al-fiqh, perbincangannya dalam ilmu al-Fiqh.
Ia terbahagi kepada 2 bahagian yang besar iaitu:
a)-Ibadat seperti solat, puasa, zakat yang mana ia bertujuan mengatur hubungan di antara individu dengan Tuhannya.
b)-Adat dan muamalat yang bertujuan untuk mengatur hubungan di antara sesama manusia.
Kemanusiaan
Syariat Islam bersifat kemanusiaan sejagat kerana ianya diturunkan oleh Allah swt untuk seluruh manusia dan rahmat Allah kepada mereka sepanjang zaman dan di semua tempat.
Keadilan mutlak
Keadilan bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya menurut hitungan sebenarnya daripada Allah. Adalah menjadi tujuan Islam itu menegakkan keadilan mutlak dikalangan manusia seluruhnya dengan menegakkan persaudaraan dikalangan mereka, memelihara kehormatan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan harta benda dengan bermatlamat dunia dan akhirat.
TUJUAN SYARIAT ISLAM.
1. MEMELIHARA AGAMA - Allah menghukum orang yang menukar agama (murtad) dengan hukuman bunuh sebagai balasan demi menjaga agama Allah yang agung ini sentiasa terpelihara bukan untuk dipermainkan. Allah telah menerangkan di dalam Al-Qur’an:
“Dan barangsiapa dari kamu yang berpaling daripada agamanya, lalu ia mati padahal ia tetap kafir, maka gugurlah amal-amal mereka di dunia dan akhirat. Dan mereka akan jadi ahli neraka yang mereka (akan) kekal di dalamnya” (Al Baqarah : 217)
2. MEMELIHARA AKAL - Allah mengharamkan benda-benda yang memabukkan kerana hendak memelihara akal manusia. Kita dapat perhatikan orang-orang yang mabuk disebabkan bahan-bahan tersebut perangainya sama seperti binatang mereka sanggup melakukan sesuatu yang tidak baik tanpa perasaan malu. Islam telah menjelaskan bahawa arak adalah ibu segala yang keji dan kotor. Sebagaimana sabda Rasulullah saw:
Arak adalah ibu segala kejahatan”
Islam menghukum kepada mereka yang sabit melakukan kesalahan dengan 40 kali sebat berdasarkan kepada hadis Nabi saw:
“Bahawasanya Rasulullah saw telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat” dan abu baker menyebat 40 kali dan Umar menyebat 80 kali”
3. MEMELIHARA NYAWA - Islam telah menetapkan bahawasanya sesiapa yang menghilangkan nyawa manusia lain akan dikenakan hukuman bunuh balas. Ini beerti bahawa qisas terhadap seorang adalah perlu untuk memelihara keselamatan hidup (nyawa) orang lain, dengan ini akan memberi pengajaran yang berkesan kepada sesiapa sahaja yang berani melakukan perbuatan tersebut.
4. MEMELIHARA HARTAHarta perlu dipelihara dengan baik, maka Allah mensyariatkan supaya mereka yang mencuri harta dikenakan hukuman apabila mempunyai syarat-syarat dan bukti yang sahih. Oleh kerana itu balsannya adalah dipotong tangannya apabila syarat-syaratatau bukti-bukti telah mencukupi bagi si pencuri tersebut. Inilah keadilan Islam supaya manusia itu sentiasa menghormati harta atau hak orang lainnya.
5. MEMELIHARA KETURUNANIslam menjamin keselamatan ummah dan keturunan pemeluknya. Untuk melangsungkan zuriat manusia di dunnia ini maka disyariatkan perkahwinan. Perkahwinan juga merupakan satu saluran yang sah bagi memenuhi naluri manusia. Justeru itu Islam mengharamkan sama sekali hubungan jenis tanpa mengikut saluran yang sah di sisi syarak. Hukuman yang setimpal dikenakan kepada mereka yang melakukan jenayah tersebut adalah 100 kali sebatan bagi yang belum berkahwin manakala yang sudah berkahwin direjam dengan batu yang sederhana sampai mati. Ini berdasarkan kepada Firman Allah swt :
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hokum Allah swt, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman” (An-Nuur ayat 2)
SUMBER PERUNDANGAN ISLAM
Dalil-dalil sumber perundangan Islam:-
· Dalil yang disepakati oleh semua orang Islam iaitu Al-Qur’an dan As Sunnah.
· Dalil yang disepakati oleh jumhur muslimin iaitu Ijma’ dan al Qiyas.
· Sumber yang berlaku perbezaan pendapat dikalangan para ulama’, hatta dikalangan para ulama’ yang beramal dengan konsep qiyas. Bahagian ini merangkumi al-urf, al-istishab, al-istihsan, al-Masalih al-Mursalah. Syar’u man Qablana dan Mazhab al-Sahabi di mana sebahagian ulama’ mengambil ia sebagai sumber hokum sedangkan lain tidak menganggap ia sebagai hokum.
i)-Al-Qur’an
Ta’rif Al-Qur’an dalam bahasa Arab yang bermaksud: “ialah lafaz dalam bahasa Arab diturunkan kepada Nabi Muhammad saw yang dapat melemahkan dengan sesuatu surah, dipindahkan dengan jalan mutawatir, bacaannya merupakan amal ibadah”
Petunjuk ayat-ayat al-Qur’an Nas-nas Al-Qur’an terbahagi kepada 2 perkara:
a)-Dalil yang merupakan nas yang terang. Dalil-dalil ini tiada berkehandakkan penjelasan atau huraian yang lain lagi. Contohnya dalam Firman Allah swt:
Dan bagimu (suami) separuh dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak” (Surah An Nisa’ ayat 12)
b)-Dalil yang berupa hukum mumjal, am, musytarak (bersekutu). Ayat yang seperti ini berkehendakkan kepada penerangan hadith. Hadithlah yang menentukannya kepada maksud ayat tersebut.
Contoh ayat:
Dirikanlah olehmu akan solat” (An nur ayat 77)
Ayat ini mumjal kerana ia tidak menerangkan cara atau peraturan solat, syarat atau rukunnya. Untuk mengetahui perkara ini perlu kita mengambil dalil dengan hadith Rasulullah saw:
Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat”
PERANAN AL QUR’AN
1. sebagai perundangan yang menjadi dasar hokum Islam yang sesuai dijalankan pada bila-bila masa dan segenap tempat
2. al-qur’an menjadi petunjuk kepada seluruh manusia daripada kekufuran kepada hidayah.
3. Sebagai khabar gembira kepada orang yang mentaati perintahnya dan amaran keras bagi orang yang melampaui batas.
ii)-As-Sunnah
Dari segi bahasa bermaksud perjalanan, perlakuan, amalan method atau cara hidup. As- Sunnah juga bermaksud membuka/merintis jalan sama ada yang baik atau yang buruk.Dari segi istilah apa-apa yang lahir daripada baginda Nabi saw sama ada perkataan atau sifat kejadian atau akhlak atau sirah (sejarah) sama ada sebelum diutuskan Nabi atau selepas diutuskan Nabi menjadi rasul. Sunnah pada istilah ahli-ahli Usul Fiqh iaitu apa yang diambil daripada Nabi saw daripada perkataan, perbuatan atau perakuan. Ini dapat menyimpulkan bahawa Sunnah terbahagi kepada 3 bahagian:
a)-Sunnah Qauliyah (perkataan) yang juga dinamakan hadith dan al-Khabar. Contohnya sabda Nabi saw:
Ertinya : “sesungguhnya segala macam amalan itu mengikut niatnya
b)-Sunnah Fikliah (perbuatan) seperti solat yang ditunjukkan oleh Nabi saw sepertimana Sabda baginda:
Ertinya : “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat”
c)-Sunnah Taqririyyah (pengakuan) iaitu apabila Nabi saw melihat sesuatu tingkahlaku atau mendengar satu pertuturan para sahabat tetapi baginda tidak mengingkarinya, misalnya seperti pengakuan Nabi terhadap para sahabat yang memakan Himarulwahsyi (keldai liar).
iii)-Ijma’
Takrif Ijma’ dalam bahasa Arab:
Ertinya: “Persepakatan ulama’ mujathidin daripada umat Nabi Muhammad saw terhadap sesuatu hokum syara’ pada sesuatu masa selain daripada zaman baginda” Makna (ittifak) ialah ijmak atau sepakat, sama ada dalam bentuk I’tiqad atau kata atau perbuatan atau kelakuan.
Makna “Mujtahidin” takrif ini akan mengeluarkan orang awam, kerana biasanya mereka tidak mempunyai dalil atau sandaran. Dan mengeluarkan ijma’ sebahagian daripada ulama’ mujtahidin, kerana jaminan ‘Ismah hanya kepada ijma’ semua ulama’ mujtahidin. Sebenarnya Ijma’ mulai muncul sejak zaman sahabat di mana Abu Bakar ketika dikemukakan dengan sesuatu masalah, baginda akan menyelidikanya di dalam Al-Qur’an dan terus menghukum jika terdapat di dalam Al-Qur’an; tetapi sekiranya tiada didapati di dalam al-Qur’an beliau akan menyelidiki pula di dalam sunnah Rasulullah, jika ada akan dihukum menurut as-Sunnah, jika tiada beliau akan mengumpul para sahabat untuk bermesyuarat mengenai masalah tersebut. Kaedah persetujuan dalam menentukan hokum melalui mesyuarat ini dinamakan sebagai ijma’
Syarat-Syarat Ijma’

1. Para ulama’ mujtahidin bersifat adil dan sentiasa menjauhi perbuatan bid’ah.
2. Semua ulama’ mujtahidin mengeluarkan pendapat yang serupa dalam satu zaman.
3. terdapat beberapa ulama’ mujtahidin. Kalaulah kebetulan hanya seorang ulama’ mujtahidin sahaja dalam zaman itu pendapatnya tidak berupa ijma’
4. Hukum yang diijmakkan adalah hokum syara’.
5. Tiada seorang ulama’ mujtahidin menarik balik pendapatnya.
iv)-al-Qiyas
sebagai menerangkan hokum sesuatu perkara yang tidak terdapat didalam nas, dihubungkan dengan perkara-perkara yang telah diketahui hukumnya dengan nas yang terdapat di dalam al-Qur’an dan As-Sunnah. Contohnya, seperti diharamkan memukul kedua ibu bapa dinisbahkan dengan haramnya si anak, berkata (ah) kepada keduanya. Takrif dalam bahasa Arab:
Ertinya : “Ialah persamaan antara sesuatu tempat dengan tempat yang lain pada illat hokum syarak. Illat ini tidak begitu mudah faham dari dalil hokum itu semata-mata berpandukan fahaman bahasa.” Dari takrif di atas, dapat difahami bahawa qias mempunyai empat rukun iaitu:
1. Asal iaitu tempat hokum yang sabit dengan dalil al-Qur’an atau hadith atau ijma’ seperti arak yang telah sabit hukumnya dengan al-Qur’an.
2. Hukum Asal: iaitu hokum syarak yang sabit dengan dalil yang hendak diluaskan kepada tempat lain seperti hokum haram arak.
3. Furuk: iaitu tempat dan hukumnya tidak ditegaskan dalam al-Qur’an atau hadith atau ijma’.
4. Illat: iaitu suatu sifat yang serupa sebab atau mewujudkan hokum asal yang serupa dengan illat furuk seperti sifat arak dan tuak yang boleh memabukkan.
SOALAN TAMBAHAN
1. Pengertian Islam dan Kepentingannya?
2. Bagaimana Islam menjadi manhaj hidup dalam kekeluargaan, masyarakat dan Negara.
3. Bincangkan kepentingan syariat Islam dan keistimewaannya berbanding agama yang lain?
4. Bincangkan perkembangan Islam dan syariatnya sejak zaman Rasulullah saw sehingga kini.
5. Bincangkan peranan anda untuk mempertahankan kesucian syariat Islam.
RUJUKAN:
1. Muqaddimah Aqidah Muslimin (tajuk Pengertian Islam)
2. Pengantar Fiqh Islam ( Buku Silibus Diploma Tasawwur Islam, ILHAM)
3. Usrah dan Harakah ( Tajuk Sukatan Usrah berbagai Peringkat)
4. Teks Usrah Peringkat Pengenalan. Ustaz Idris Hj Ahmad. Sarjana Media: Kuala Lumpur, 2000